GCP website

GCP website
Laman web rasmi GCP sila klik logo GCP tuuu...

Tuesday, April 21, 2009

RINDU

Setiap kali penghujung April aku sering kerinduan... Rindu pada arwah bapa. Segar diingatan sewaktu hayatnya melawan penyakit kanser yang dihidapinya, aku sentiasa memenuhi keperluan dan kehendaknya. maklumlah aku anak bongsu. Walaupun aku lebih manja kepada emak namun kasih sayangku kepada bapa tidak berbelah bagi. Cuma tidak ditunjukkan seperti mana aku manja dengan emak.Maklumlah semenjak lahir hingga umur 17 tahun aku tidak pernah berpisah dengan ibu bapaku.

Pada mulanya susah juga hendak memujuk bapa tinggal bersama anak-anak. Maklumlah hidupnya sudah sebati di Felda Gedangsa. Macam-macam yang difikirkannya terutama tentang kebun, rumah, haiwan ternakannya, dan macam-macam lagi. Setelah bapaku perlu menjalani terapi di HKL barulah hatinya terbuka untuk tinggal bersama anak-anak. Jika di Kota Damansara, setiap hari bapa akan melepak di restoran sambil melayan pelanggan-pelanggan. Pada bulan puasa, bapa la yang paling kecoh jual kuih tiap-tiap petang kat restoran tu.Ada seorang pakcik dari pahang (aku tak ingat pula namanya) pakcik ni selalu makan di restoran, sering bercerita tentang bapa sewaktu hayatnya...

Ketika bapa dan emak tinggal bersamaku di Semenyih, setiap minggu aku akan memohon cuti untuk menghantar bapa ke HKL untuk menjalani terapi. Berulang dari Semenyih ke HKL sudah menjadi kebiasaan bagiku. Bila ada waktu terluang aku akan membawa bapa pergi menjala ikan di sungai semenyih dan Air terjun Batangsi. Abang Md Nor, tukang kebun sekolah jadi kawan bapa utk menjala ikan. Gembira betul bapa dapat melakukan aktiviti tu. Hilang rasa sakit bila pergi menjala ikan...

Senang hatiku melihat bapa gembira walaupun sedang menahan kesakitan akibat kesan ubat-ubatan terapi. Bapa tak putus-putus memuji kebaikan aku pada kawan-kawannya di wad. Ayat yang sering diulangnya ialah aku ni satu-satunya anaknya yang bekerja sebagai cikgu. Semua rawatan di HKL FREE. kerajaan yang tanggung.

Di hujung hayat bapa, perangainya pun banyak berubah. Bapa terlalu sensitif. Jika kehendaknya tidak dituruti, merajuklah dia. Jika anak-anak tersalah bicara bapa cepat berkecil hati. Mujur aku pandai memujuk bapa. Aku sedaya upaya cuba juga memenuhi kehendak bapa. Kekadang emak pun pening tengok kelaku bapa.

Kenangan-kenangan indah bersama bapa sentiasa berlegar-legar diingatan. 30 April 2009 genap 4 tahun bapa meninggalkan dunia ini utk bertemu kekasihnya yang abadi...Hanya Alfatihah dapat ku hadiahkan buatnya. Semoga rohnya dalam rahmat Allah s.w.t... Amin