Sejak lahir ke dunia lagi kita sudah kenal duit. Mungkin ada yang dari dalam perut ibu sudah kenal duit. maklumlah bayi dalam kandungan boleh mendengar apa yang berlaku di luar. Hari ini saya ingin berkongsi sejarah tentang duit ni. Sebuah catatan ringan tentang sejarah duit ni. Saya tidak mengupas secara mendalam cuma mengambil fakta umum sahaja. Sesiapa yang tak minat sejarah tu saya minta maaf lah yer.
Secara mudahnya semua item yang menjadi media pertukaran (medium of exchange) serta diterima umum untuk mendapatkan sesuatu barang atau perkhidmatan boleh diklasifikasikan sebagai duit. Pada zaman sebelum bermulanya penciptaan wang kertas,ada yang menggunakan batu, kulit kerang, garam sebagai duit. Selain itu ada juga duit yang dihasilkan dari tembaga dan lain-lain barangan bernilai seperti permata dan sebagainya.
Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w duit yang digunakan adalah dinar dan dirham. mengikut sejarahnya dinar dan dirham ini diadaptasikan daripada kerajaan Roman yang menggunakan syiling emas dipanggil denarius dan syiling perak dipanggil drachma.
penggunaan emas dan perak sebagai duit telah diiktiraf oleh Nabi s.a.w dan para sahabat baginda sehingga hukum berkaitannya disebut khusus oleh Nabi s.a.w.
Jadi bermula daripada kerajaan Roman hingga ke zaman khalifah Arrasyidin kerajaan di dunia berterusan menggunakan matawang dari emas dan perak ini sehinggalah ia sedikit diubah bagi menambah kemudahan penggunaannya.
Selepas perang dunia kedua satu persidangan antarabangsa diadakan bagi membincangkan kaedah terbaik untuk membangunkan semula ekonomi dunia yang meleset teruk akibat perang. Hasil dari persidangan ini, lahirlah Bank Dunia (world bank) dan juga International Monetary Fund (IMF). Persidangan yang dipanggil Bretton Woods pada tahun 1944 ini membawa kepada kewujudan wang yang disandar dan diikat kepada emas.
Ia dinamakan gold backed paper money, iaitu duit dalam bentuk kertas sebagai ganti kepada matawang emas, ia dijangka lebih baik kerana lebih ringan, mudah untuk dibawa serta dipinda dan disimpan. Ia juga dikenali sebagai representative money, kerana ia mewakili sejumlah emas atau perak yang berada di dalam simpanan bank.
Pada tahun 1971, perjanjian tadi telah dibatalkan, antara puncanya adalah disebabkan oleh jumlah emas fizikal yang tidak mencukupi untuk menampung lambakan wang kertas di dalam pasaran serta faktor-faktor lain yang jika dihuraikan akan jadi panjang berjela... Maka bermulalah penciptaan Fiat money yang tidak bersandarkan kepada sebarang logam seperti emas dan perak. Inilah duit yang kita gunakan sekarang ni.
Duit kita ni dicetak oleh kerajaan berdasarkan kehendak dan keyakinan dan kepercayaan orang ramai terhadap nilainya. Apa akan jadi jika jika tiba-tiba semua rakyat di dunia, tidak mengiktiraf USD dalam urusniaga mereka? Tentulah USD jadi tidak bernilai lagi.Ringgit Malaysia juga akan mendapat kesannya kerana duit kita disandarkan kepada USD.Sebab itulah jika kerajaan sewenang-wenangnya mencetak wang kertas fiat, ia sama sekali tidak menjadikannya kaya, malah nilai matawangnya semakin merudum.
Apa akan jadi jika duit kita semakin susut nilainya? Tentulah kita akan kehilangan kuasa membeli. Inflasi akan meningkat. Bila inflasi naik, harga barang turut naik. Contoh mudahnya, jika dahulu RM5 boleh membeli ikan kembung sekilogram, selepas inflasi RM5 hanya boleh membeli ½ kg ikan kembung.
Satu contoh lagi apabila tiba-tiba dunia tidak percaya kepada Ringgit Malaysia, nilai dan kuasa beli yang dimiliki oleh RM turut akan jatuh merudum, inilah proses hyperinflation yang berlaku kepada Zimbabwe sekarang. Jika keadaan ini berlaku kepada Malaysia dan jika individu berjaya tadi masih tidak menukarkan wang kertas fiat yang tersimpan di banknya kepada aset berharga seperti emas, perak dan properties, SUDAH TENTU NILAI BERBILLION TADI MENJADI BEBERAPA RINGGIT SAHAJA.
Jika kita masih ingat tragedi 1999 dimana Soros melambakkan Ringgit Malaysia. Apa yang terjadi pada waktu itu? Ekonomi negara kita merudum kerana lambakan Ringgit.
Oleh kerana kerajaan Islam di dunia tidak berdaya menggantikan duit fiat ni kepada dinar dan dirham. Banyak-banyak kan lah bersabar menanti kebangkitan Islam. Tukarkanlah dulu duit fiat yang ada pada kita sekarang ni kepada dinar secara berdikit-dikit.
Sabda Nabi s.a.w :
إن هذا الدين يسر، ولن يشاد الدين أحد إلا غلبه
Ertinya : "Agama ini adalah banyak memudahkan, dan tidaklah seorang yang terlalu berkeras (atau melampau) dalam urusan agama kecuali mereka akan tewas ( dengan kekerasan ) mereka" ( Al-Bukhari, Bab Iman )
Mulakanlah menyimpan emas sekarang. Demi masa depan kita serta kelangsungan hidup anak cucu kita.