GCP website

GCP website
Laman web rasmi GCP sila klik logo GCP tuuu...

Friday, April 24, 2009

Amanah... Tak termampu ku menggalasnya

Pada suatu malam si ayah sedang asyik mengadap 'laptop'. Si ayah merancang untuk membawa isteri dan anak-anaknya makan malam diluar. Anak-anaknya tak sabar-sabar memanggil si ayah. Teruja sungguh anak-anaknya. Maklumlah sesekali makan di luar.Si ayah bangun untuk bersiap-siap. Si ayah memanggil isterinya. "Mama, ayah amanahkan mama untuk jaga laptop ni. Jangan sampai anaknya tutup laptop ni" Amanah Si ayah kepada isterinya. Si ayah pun masuk ke biliknya untuk bersiap-siap.

Setelah bersiap-siap, si ayah pun keluar dari bilik. Alangkah kecewanya si ayah apabila laptop yang dimanahkan kepada isterinya telah ditutup oleh anaknya."Amanah sekecil ini pun tidak dapat ditunaikan oleh isteriku" gumam si ayah di dalam hati.

Malam itu, kecewa dengan sikap isterinya, si ayah membatalkan rancangan untuk keluar makan malam. Anak-anaknya menangis teresak-esak, kecewa sungguh anak-anaknya. Si kecil meraung kuat kerana dialah yang terlalu gembira apabila ayahnya mengajaknya keluar. Si isteri tak henti-henti memohon maaf. Berbagai alasan diberi.

Si ayah berkata " Ayah memohon maaf kerana tidak dapat membawa kalian keluar, sebagaimana mama memohon maaf kepada ayah kerana tidak dapat menunaikan amanah ayah. Bukan susah untuk menunaikan amanah ayah. cuma perlu tunggu laptop ni saja. hanya 10 minit ayah bersiap. Bukannya lama pun. Oleh kerana susahnya mama untuk menunaikan amanah ayah, ayah pun berasa susah untuk menunaikan hajat kalian. kerana hajat kalian memerlukan tugas yang lebih berat. Ayah perlu keluar rumah, 'start' enjen kereta, memandu ke restoran, nak oder makanan. Bukankah itu lebih leceh daripada duduk menjaga laptop ayah selama 10 minit? Ujar si ayah, persis berceramah.

Suasana di rumah hening seketika. hanya esak tangis dan jeritan si kecil yang ingin keluar. Si ayah membatukan diri di hadapan laptop. Si isteri terus ke dapur untuk memasak. Hanya telur dadar dan ikan pari masak kicap mampu disediakan. Anak yang kelaparan tertidur dalam esak tangis tanpa sempat menjamah sesuap nasi.

Walaupun dihati si ayah berasa simpati,tetapi inilah pelajaran paling berharga dalam menggalas amanah dengan penuh rasa tanggungjawab. Walau sekecil manapun amanah yang diberi haruslah digalas dengan sebaik-baiknya.


Anak-anakku... Nur Izzah Syahirah, Nur Izzatul liyana, Nur Izzatul Hanis, Ikhwanul Mizan. Maafkan ayah andai selama ini amanah yang diberikan oleh Allah s.w.t untuk mendidik dan membesarkan kalian tidak dapat disempurnakan sebaik-baiknya. Ayah sayang anak-anak ayah. Sayang yang tidak berbelah bagi. SELAMAT HARI LAHIR Buat anak comel ayah Nur Izzatul Hanis.



“ Wahai Tuhan kami, kurniakan lah kami pasangan hidup dan anak-anak yang menjadi penyejuk mata ( Qurratu’ayun ) dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.”( al Furqan : 74 )