GCP website

GCP website
Laman web rasmi GCP sila klik logo GCP tuuu...

Monday, February 20, 2012

MARILAH MENUJU KEJAYAAN. UMAT ISLAM MESTI KAYA DAN BERJAYA.

Umat Islam Mesti Kaya dan kekayaan itu digunakan utk jalan Allah.

Dalam Al-quran dan Hadis ada beberapa ayat tentang kekayaan.

“Apa sahaja harta rampasan perang yg diberikan Allah kpd Rasulnya yg berasal dari penduduk-penduduk kota, adalah utk Allah dan Rasul supaya harta itu tidak beredar dalam kalangan org kaya sahaja diantara kamu” (Surah Al-Hasyr Ayat 7)

“manusia apabila tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, dia akan berkata “Tuhanku memuliakanku”. (Surah Al-Fajr, ayat 15)

Apabila tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya, lalu dia berkata, Tuhanku menghinakanku”. (Al-Fajr Ayat 16)

Terdapat banyak lagi kekayaan dicatatkan dalam Al-quran seperti yg tertera pada surah al-baqarah ayat 80 dan 212, surah az-zariyat ayat 58, surah hud ayat 6 dan surah al-mulk ayat 15

Terdapat 25 ayat menuntut umat islam mendirikan solat dan menunaikan zakat “Wa aqimussolah, wa aatuzzakah”

seterusnya terdapat tujuh ayat yg mengandungi perintah solat dan bersedekah dan perintah zakat disebut 32 kali.

Diriwayatkan Rasulullah pernah berdoa:

“ Ya Allah, aku meminta dari-Mu petunjuk, ketakwaan,kecukupan, dan KEKAYAAN.”

(Hadis Riwayat Muslim,Tirmizi,Ibnu Majah, dan Ibn Masud)

Dalam doa yang lain pula:

“Ya Allah, jauhkan aku daripada kemiskinan dan kekafiran.”

(Hadis riwayat Hakim dan Baihaqi)

Sabda Rasulullah lagi:

“Seorang muslim mesti membuat persiapan untuk akhirat seolah-olah dia akan mati pada esok hari dan berusahalah untuk kehidupan dunia seolah-olah akan hidup selama-lamanya.”

(Hadis riwayat Ad-Dailani)

Rasulullah bersabda kepada Amru bin ‘Ash:

“wahai Amru, alangkah indahnya harta yang baik pada orang kaya yang baik.”

(Hadis riwayat Ahmad)

Rasulullah tinggalkan kita dengan Al-Quran dan Sunnah. Kunci untuk Berjaya adalah menjadikan Rasulullah sebagai mentor dan tiru cara nabi. Peribadi nabi wajib dijadikan ikutan. Kecintaan kepada Rasulullah seharusnya dizahirkan dengan perbuatan dan hasilnya kita akan mencipta kejayaan dan kekayaan di dunia dan akhirat.

Bagaimana mahu menunaikan zakat jika tidak kaya?

Bagaimana mahu menunaikan haji jika tidak kaya?

Bagaimana mahu bersedekah kpd anak yatim dan fakir miskin jika tidak kaya?

Sinar Harian 5 Mac 2011 (Edisi Lembah Kelang)

Kekayaan membolehkan kita berzakat dan bersedekah di jalan Allah.
Kekayaan membolehkan kita menunaikan fardhu haji dan umrah.
Kekayaan membolehkan kita selalu menziarahi Rasulullah dan Baitullah.
Kekayaan membolehkan kita membantu sesama muslim.
Jadilah Muslim yg kaya dan berjaya kerana Allah Taala.




simpanan emas menjamin masa depan