GCP website

GCP website
Laman web rasmi GCP sila klik logo GCP tuuu...

Saturday, February 18, 2012

KALIMAH CINTA DAN RINDU BUAT RASULULLAH

HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM

Kita sering mendengar untuk kaya dan berjaya perlu ada mentor. Kita juga sering didedahkan tentang kejayaan tokoh-tokoh yg layak dijadikan mentor dan jurulatih untuk kita kaya dan berjaya. Kebanyakan tokoh-tokoh yang didedahkan adalah bukan muslim.

Mengapa kita perlu jadikan bukan muslim sebagai contoh? Apakah sudah tiada tokoh muslim yang layak dijadikan mentor?

Apabila persoalan ini diutarakan, maka ramailah yang memberi alasan kita wajar menjadikan bukan muslim yg terbukti kaya dan berjaya sebagai contoh dengan niat untuk belajar dari mereka sehingga kaya dan berjaya namun tanpa kita sedari, secara halus kita telah menjadi ejen melaksanakan agenda mereka merendahkan martabat Islam dan muslim.

Siapakah yang wajib kita jadikan mentor kekayaan & kejayaan?

Jawapannya tentulah Rasulullah dan para sahabat baginda. Sejarah Islam banyak menceritakan tentang kejayaan Rasulullah berniaga dengan membawa barang dagangan Siti Khadijah serta kejayaan sahabat baginda khususnya Abdul Rahman bin Auf yang merupakan jutawan Muslim yg digelar saudagar tuhan.

Sebagai sahabat Rasulullah, Abdul Rahman bin Auf amat mencintai baginda. Inilah rahsia beliau bergelar Jutawan Muslim. Kecintaan beliau tiada tolok bandingnya sehingga menjadi orang pertama mempertahankan Nabi sewaktu perang Uhud sehingga beliau mendapat 21 luka akibat tusukan pedang musuh.

Sabda Rasulullah “ Cintai aku kerana Allah mencintai aku” Riwayat At-Tirmizi

Selain amat mencintai Rasulullah dan keluarga baginda, Abdul Rahman bin Auf amat jujur dan amanah berniaga. Beliau juga bertaqwa dan ikhlas dalam setiap perbuatannya. Sebagai usahawan berjaya beliau amat berani membuat keputusan dan tindakan, adil serta berintegriti dalam setiap transaksi dan urusniaga. Beliau juga seorang yang pemurah dengan memberi sumbangan utk kepentingan umum. Antara sumbangan terbesar beliau kepada Islam ialah menyumbangkan 200 tahil emas, 500 ekor kuda perang dan 1500 ekor unta tunggangan sewaktu perang Tabuk.

Kunci untuk berjaya adalah menjadikan Rasulullah sebagai mentor dan tiru cara Nabi. Peribadi Nabi - Siddiq, Amanah, Tabligh, Fathonah wajib dijadikan ikutan. Kecintaan kepada Rasulullah seharusnya dizahirkan dengan perbuatan. Inilah antara sebab kita perlu kaya dan Berjaya supaya kita dapat menziarahi Rasulullah yang kita cintai.

Dengan rasa kecintaaan yg mendalam kepada Rasulullah secara automatik akan menggerakkan hati dan jiwa kita utk menuju kejayaan dunia dan akhirat.

Selamilah peribadi Rasulullah dan jadikan baginda sebagai Mentor untuk kita mengikuti jejak langkah Abdul Rahman bin Auf seorang jutawan muslim yang dijanjikan syurga oleh Allah S.W.T.

Janganlah kita berbangga dengan kejayaan bukan muslim atas alasan untuk belajar dari mereka kerana kita belum khatam lagi berguru melalui peribadi Rasulullah dan para sahabat. Cari dan gali keperibadian Rasulullah dan para sahabat sebelum kita mengagung-agungkan dan berbangga dengan kejayaan bukan muslim. Wallahualam.

Dengan melihat gambar maqam Nabi, menambahkan lagi kecintaan kepada Rasulullah dan usaha perlu ditingkatkatkan lagi untuk selalu menziarahi baginda.
simpan emas untuk perbelanjaan haji dan umrah.