GCP website

GCP website
Laman web rasmi GCP sila klik logo GCP tuuu...

Monday, February 20, 2012

MARILAH MENUJU KEJAYAAN. UMAT ISLAM MESTI KAYA DAN BERJAYA.

Umat Islam Mesti Kaya dan kekayaan itu digunakan utk jalan Allah.

Dalam Al-quran dan Hadis ada beberapa ayat tentang kekayaan.

“Apa sahaja harta rampasan perang yg diberikan Allah kpd Rasulnya yg berasal dari penduduk-penduduk kota, adalah utk Allah dan Rasul supaya harta itu tidak beredar dalam kalangan org kaya sahaja diantara kamu” (Surah Al-Hasyr Ayat 7)

“manusia apabila tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, dia akan berkata “Tuhanku memuliakanku”. (Surah Al-Fajr, ayat 15)

Apabila tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya, lalu dia berkata, Tuhanku menghinakanku”. (Al-Fajr Ayat 16)

Terdapat banyak lagi kekayaan dicatatkan dalam Al-quran seperti yg tertera pada surah al-baqarah ayat 80 dan 212, surah az-zariyat ayat 58, surah hud ayat 6 dan surah al-mulk ayat 15

Terdapat 25 ayat menuntut umat islam mendirikan solat dan menunaikan zakat “Wa aqimussolah, wa aatuzzakah”

seterusnya terdapat tujuh ayat yg mengandungi perintah solat dan bersedekah dan perintah zakat disebut 32 kali.

Diriwayatkan Rasulullah pernah berdoa:

“ Ya Allah, aku meminta dari-Mu petunjuk, ketakwaan,kecukupan, dan KEKAYAAN.”

(Hadis Riwayat Muslim,Tirmizi,Ibnu Majah, dan Ibn Masud)

Dalam doa yang lain pula:

“Ya Allah, jauhkan aku daripada kemiskinan dan kekafiran.”

(Hadis riwayat Hakim dan Baihaqi)

Sabda Rasulullah lagi:

“Seorang muslim mesti membuat persiapan untuk akhirat seolah-olah dia akan mati pada esok hari dan berusahalah untuk kehidupan dunia seolah-olah akan hidup selama-lamanya.”

(Hadis riwayat Ad-Dailani)

Rasulullah bersabda kepada Amru bin ‘Ash:

“wahai Amru, alangkah indahnya harta yang baik pada orang kaya yang baik.”

(Hadis riwayat Ahmad)

Rasulullah tinggalkan kita dengan Al-Quran dan Sunnah. Kunci untuk Berjaya adalah menjadikan Rasulullah sebagai mentor dan tiru cara nabi. Peribadi nabi wajib dijadikan ikutan. Kecintaan kepada Rasulullah seharusnya dizahirkan dengan perbuatan dan hasilnya kita akan mencipta kejayaan dan kekayaan di dunia dan akhirat.

Bagaimana mahu menunaikan zakat jika tidak kaya?

Bagaimana mahu menunaikan haji jika tidak kaya?

Bagaimana mahu bersedekah kpd anak yatim dan fakir miskin jika tidak kaya?

Sinar Harian 5 Mac 2011 (Edisi Lembah Kelang)

Kekayaan membolehkan kita berzakat dan bersedekah di jalan Allah.
Kekayaan membolehkan kita menunaikan fardhu haji dan umrah.
Kekayaan membolehkan kita selalu menziarahi Rasulullah dan Baitullah.
Kekayaan membolehkan kita membantu sesama muslim.
Jadilah Muslim yg kaya dan berjaya kerana Allah Taala.




simpanan emas menjamin masa depan

Saturday, February 18, 2012

KALIMAH CINTA DAN RINDU BUAT RASULULLAH

HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM

Kita sering mendengar untuk kaya dan berjaya perlu ada mentor. Kita juga sering didedahkan tentang kejayaan tokoh-tokoh yg layak dijadikan mentor dan jurulatih untuk kita kaya dan berjaya. Kebanyakan tokoh-tokoh yang didedahkan adalah bukan muslim.

Mengapa kita perlu jadikan bukan muslim sebagai contoh? Apakah sudah tiada tokoh muslim yang layak dijadikan mentor?

Apabila persoalan ini diutarakan, maka ramailah yang memberi alasan kita wajar menjadikan bukan muslim yg terbukti kaya dan berjaya sebagai contoh dengan niat untuk belajar dari mereka sehingga kaya dan berjaya namun tanpa kita sedari, secara halus kita telah menjadi ejen melaksanakan agenda mereka merendahkan martabat Islam dan muslim.

Siapakah yang wajib kita jadikan mentor kekayaan & kejayaan?

Jawapannya tentulah Rasulullah dan para sahabat baginda. Sejarah Islam banyak menceritakan tentang kejayaan Rasulullah berniaga dengan membawa barang dagangan Siti Khadijah serta kejayaan sahabat baginda khususnya Abdul Rahman bin Auf yang merupakan jutawan Muslim yg digelar saudagar tuhan.

Sebagai sahabat Rasulullah, Abdul Rahman bin Auf amat mencintai baginda. Inilah rahsia beliau bergelar Jutawan Muslim. Kecintaan beliau tiada tolok bandingnya sehingga menjadi orang pertama mempertahankan Nabi sewaktu perang Uhud sehingga beliau mendapat 21 luka akibat tusukan pedang musuh.

Sabda Rasulullah “ Cintai aku kerana Allah mencintai aku” Riwayat At-Tirmizi

Selain amat mencintai Rasulullah dan keluarga baginda, Abdul Rahman bin Auf amat jujur dan amanah berniaga. Beliau juga bertaqwa dan ikhlas dalam setiap perbuatannya. Sebagai usahawan berjaya beliau amat berani membuat keputusan dan tindakan, adil serta berintegriti dalam setiap transaksi dan urusniaga. Beliau juga seorang yang pemurah dengan memberi sumbangan utk kepentingan umum. Antara sumbangan terbesar beliau kepada Islam ialah menyumbangkan 200 tahil emas, 500 ekor kuda perang dan 1500 ekor unta tunggangan sewaktu perang Tabuk.

Kunci untuk berjaya adalah menjadikan Rasulullah sebagai mentor dan tiru cara Nabi. Peribadi Nabi - Siddiq, Amanah, Tabligh, Fathonah wajib dijadikan ikutan. Kecintaan kepada Rasulullah seharusnya dizahirkan dengan perbuatan. Inilah antara sebab kita perlu kaya dan Berjaya supaya kita dapat menziarahi Rasulullah yang kita cintai.

Dengan rasa kecintaaan yg mendalam kepada Rasulullah secara automatik akan menggerakkan hati dan jiwa kita utk menuju kejayaan dunia dan akhirat.

Selamilah peribadi Rasulullah dan jadikan baginda sebagai Mentor untuk kita mengikuti jejak langkah Abdul Rahman bin Auf seorang jutawan muslim yang dijanjikan syurga oleh Allah S.W.T.

Janganlah kita berbangga dengan kejayaan bukan muslim atas alasan untuk belajar dari mereka kerana kita belum khatam lagi berguru melalui peribadi Rasulullah dan para sahabat. Cari dan gali keperibadian Rasulullah dan para sahabat sebelum kita mengagung-agungkan dan berbangga dengan kejayaan bukan muslim. Wallahualam.

Dengan melihat gambar maqam Nabi, menambahkan lagi kecintaan kepada Rasulullah dan usaha perlu ditingkatkatkan lagi untuk selalu menziarahi baginda.
simpan emas untuk perbelanjaan haji dan umrah.

Tuesday, February 14, 2012

KEJAYAAN BERSAMA GCP. ULANGTAHUN KE 3

Jadual seminar di Harian Metro 22/02/12. klik pada gambar utk besarkan jadual seminar.

Alhamdulillah, bulan mac 2012 genap 3 tahun GCP beroperasi. Sepanjang perjalanan 3 tahun ini pelbagai peristiwa pahit manis dirasai.

Sebagai pemilik syarikat ini, sy berbangga apabila ada diantara pengedar GCP yg memperolehi pendapatan ratusan ribu ringgit hasil jualan emas.

Inilah objektif utama penubuhan GCP iaitu membantu bumiputra khususnya dan saudara seagama utk meningkatkan ekonomi dalam pelaburan dan perniagaan emas.

Pelbagai bantuan yg disediakan oleh GCP telah digunakan sepenuhnya oleh para pengedar yg aktif ini utk menjana kekayaan melalui emas.

Alhamdulillah dan syukur tak terhingga dipanjatkan kepada Ilahi kerana telah menganugerahkan punca rezeki ini kepada saya dan dapat dikongsi bersama saudara seagama. Semoga rezeki ini diberkati dan kita semua mendapat rahmat dariNya. Cemerlang di dunia dan akhirat.

TESTIMONI USAHAWAN-USAWAN EMAS GCP.

Testimoni 1

Menjadi pengedar gcp memberi peluang kpd saya berniaga emas dengan
modal yg minima. Menyimpan dan melabur emas keluaran gcp sambil
menjadi pengedarnya mampu menjadikan kita lebih berdisplin dalam
menguruskan kewangan keluarga disamping bersama-sama memberikan
kesedaran kpd masyarakat sekeliling bahawa pelaburan emas mampu
memberikan pulangan yang baik.

Mohd sazipon mazlan
dealer gcp ad2518
hp 0133572622
kawasan liputan: shah alam, klang

Testimoni 2

Saya mendaftar sebagai dealer GCP kerana modal permulaan yang 'mampu
milik'. Perniagaan dengan GCP adalah sesuatu yang menguntungkan dan
saya boleh menentukan sendiri berapa pendapatan yang saya inginkan
untuk sesuatu masa. Produk Dinar GCP adalah 'best-seller' bagi perniagaan saya. Terkini gold bar 1 gram mula menarik minat pelanggan-pelanggan yang mempunyai bajet kecil.Terima kasih kepada pengurusan GCP di atas peluang perniagaan ini.

NorKhazilah Yacob

ad2493

019-3908980
Sri Gombak,Batu Caves,Daya Bumi,KLCC,Bukit Badong,Selangor

Testimoni 3

Walaupun sedikit terlewat dalam menyimpan dan melabur emas, saya amat
bertuah ditemukan dengan GCP. GCP memenuhi keperluan dan kehendak
saya. Harga yang berpatutan, produk yang berkualiti dan mudah
dibeli.Tidak perlu ke kedai emas untuk membeli, GCP datang ke depan
pintu rumah. Dengan menjadi dealer GCP, menyimpan dan melabur emas
kini lebih mudah

Rohaimah Binti Sabirin
AD2683
Sabah, Lahad Datu

0138561148



Testimoni 3

Terima kasih kepada introducer saya kerana berjaya membuka minda saya
tentang peluang dalam bidang emas ini. Selama hampir tiga bulan juga
saya survey di internet, membaca kisah2 peniaga peniaga emas di blog
masing2. Rata-rata mereka.berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman
mereka bersama emas, analisis mereka tentang turun naiknya harga emas
dunia dan syarikat mana yang patut di sertai, sehingga lah pencarian
saya terhenti bila terjumpa blog Jutawangold.com yang padat dengan
informasi tentang peluang keemasan ini, dan akhirnya Oct 2011 sewaktu
hadir di kelas emas di dwi tasik cheras, saya telah diperkenalkan
dengan Syarikat GCP kepada kami yang hadir, maka esoknya saya terus
menjadi agen GCP untuk kawasan Cheras setelah mengetahui keistimewaan
dan kelebihan menjadi agen GCP, apatah lagi GCP adalah nama besar dan
Syarikat Bumiputra yang sah dan berdaftar. Kini dengan GCP saya mampu
membeli emas dan membuat pelaburan dengan harga terendah di bawah
pasaran. Terima Kasih!

Pn Roziah
Cheras/KL
019-2522945


Testimoni 4
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Saya mula menceburkan diri dalam dunia emas ini pada penghujung tahun
2010. Saya menggunakan medium internet sebagai sumber bagi mencari
maklumat berkaitan dengan emas ini. Dalam pada itu, saya telah
berkenalan dengan seseorang yang telah memberikan saya sedikit
sebanyak ilmu tentang emas ini. Saya semakin memahami konsep simpanan
dan juga pelaburan dengan emas ini. Beberapa bulan selepas itu iaitu
pada 21 Mac 2011, dengan berbekalkan modal yang ada saya telah
menyertai syarikat Gold Crest Pavilion (GCP) sebagai salah seorang
pengedar .Alhamdulillah, semakin banyak ilmu ditimba serta pengalaman
yang diperoleh semenjak menyertai GCP ini. Syarikat ini juga dilihat
semakin berkembang dari sehari ke sehari. Produk-produknya
dipertingkatkan dari semasa ke semasa dan baru-baru ini jongkong emas
1g telah diperkenalkan bagi memberi peluang kepada orang ramai yang
kurang berkemampuan untuk sekurang-kurangnya memiliki emas waima 1g.
Kini, saya sedar bahawa emas merupakan satu bentuk simpanan atau
pelaburan yang menguntungkan penyimpannya. Kalau hendak lagi untung,
maka mulakanlah perniagaan emas. Pasti akan memberi lebih keuntungan.

Mohd Izwan bin Abdul Rashid

AD1743
Parit Buntar, Nibong Tebal.
0125814008 / 0195516638
e-mail: miar_88@yahoo.com



Testimoni 5


"Saya mengenali GCP sejak pertengahan tahun 2010 walaupun ia telah
ditubuhkan pada tahun 2009.Asalnya saya hanya membeli barang kemas 999
kerana inginkan kelainan.Tetapi saya suka buat sesuatu untuk jangka
masa panjang,lalu terfikir lebih baik daftar sahaja sebagai
dealer,walaupun tidak mengenali GCP lebih dekat lagi pada waktu
itu.Saya sedar tentang emas sejak tahun 2008 dan sebab itu saya yakin
"tersalah" jd dealer emas tak apa,jgn "terslh " join skim yang dapat
duit bulan2 atau MLM yg bukan2.

Selepas menjadi dealer GCP,barulah saya sedar kekuatan dan kelebihan
syarikat ini.Ternyata ia memang lain dari syarikat yg sedia ada.Team
syarikat juga sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik
dan meningkatkan mutu servis dan produk.Dari semasa ke semasa GCP
terus gah di persada dan menjadi pilihan lebih ramai orang.Sokongan
masyarakat kepada syarikat bumiputra muslim ini semakin lama semakin
mengagumkan saya dan saya juga sentiasa memperkenalkan syarikat ini
kepada orang ramai supaya akan datang emas GCP setanding dengan produk
emas lain di pasaran.Marilah menyertai kami dalam simpanan emas dan
rebut peluang menjadi pengedar emas untuk mendapatkan harga
terendah,dan menjana keuntungan melalui perniagaan emas."

Nor Fazilah Abd Mohd
ad 1325
no hp :019-9708897
Pahang / KL / Selangor


Kejayaan tidak datang bergolek.

Untuk kaya dan berjaya kita perlu:-

* ambil tahu apa yg org kaya dan berjaya tahu,

* fikir bagaimana mereka berfikir,

* memiliki perasaan yg sama seperti mereka,

* bercakap seperti mereka, dan

* bertindak luar biasa seperti mereka.





simpanan emas menjamin masa depan