GCP KOMITED BANTU USAHAWAN EMAS
Goldcrest Pavilion Sdn Bhd (GCP)adalah sebuah syarikat berdaftar milik bumiputra sepenuhnya. ditubuhkan secara rasmi dan diperbadankan di bawah akta syarikat 1965 pada 26 Mac 2009 sebagai pembekal barang kemas, jongkong emas, dinar emas, dan syiling emas.
Kepakaran kami menyediakan platform terbaik dan membimbing masyarakat mencapai ‘financial freedom’ dalam dimensi yang amat jelas melalui simpanan,pelaburan dan perniagaan emas fizikal telah terbukti apabila berjaya melahirkan lebih 3000 usahawan emas bumiputra dalam tempoh 3 tahun.
Pengurus operasi GCP, En Shahrulizam b. Ahmad berkata, pada tahun ini pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan bertujuan membantu golongan bumiputra yg ingin menceburi bidang perniagaan dan pelaburan emas untuk menambah nilai hidup mereka dgn ilmu dan sistem yg terbukti berjaya.
Antara aktiviti yang sedang dilaksanakan ialah Seminar PERCUMA Transformasi Minda Jutawan Emas, yg membuka minda masyarakat untuk mendalami ilmu bagaimana emas yang merupakan simbol kekayaan boleh membantu meningkatkan ekonomi keluarga.
Seminar ini adalah gabungan idea dan ilmu yg disampaikan oleh dua orang yang telah terbukti berjaya dalam perniagaan emas dan perak fizikal iaitu Pemilik GCP sendiri En. Shamsul Anuar bin Md. Ali dan Pemilik Silver One Marketing Sdn Bhd, En Faizal Yusof yg merupakan Jurulatih Kejayaan dalam bidang Pelaburan Emas dan Perak Fizikal dan juga pakar dalam membimbing masyarakat tentang kepentingan menyimpan,melabur dan perniagaan emas dan perak fizikal.
Dalam seminar ini juga pelbagai tips simpanan, pelaburan, pemasaran dan jualan yang terbukti berjaya dikongsi bagi membantu individu yg berminat menceburi perniagaan emas secara serius.
Bimbingan secara berterusan dan kursus lanjutan turut diberikan kepada peserta seminar bagi memastikan ilmu yang disampaikan dipraktikkan dan memberi impak yg besar untuk menambah nilai hidup para peserta.
Anda mungkin menghadapi risiko MISKIN BANDAR atau PAPA KEDANA 5 tahun dari sekarang sekiranya anda tidak mengetahui EMAS dan PERAK FIZIKAL boleh mengekalkan kekayaan yang anda miliki sekarang.
Untuk mengetahui jadual seminar Transformasi Minda Jutawan Emas dapatkan akhbar Sinar Harian 25 April 2012 atau Hubungi Hunting Line GCP 1 700 81 7969.