GCP website

GCP website
Laman web rasmi GCP sila klik logo GCP tuuu...

Saturday, February 18, 2012

KALIMAH CINTA DAN RINDU BUAT RASULULLAH

HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM

Kita sering mendengar untuk kaya dan berjaya perlu ada mentor. Kita juga sering didedahkan tentang kejayaan tokoh-tokoh yg layak dijadikan mentor dan jurulatih untuk kita kaya dan berjaya. Kebanyakan tokoh-tokoh yang didedahkan adalah bukan muslim.

Mengapa kita perlu jadikan bukan muslim sebagai contoh? Apakah sudah tiada tokoh muslim yang layak dijadikan mentor?

Apabila persoalan ini diutarakan, maka ramailah yang memberi alasan kita wajar menjadikan bukan muslim yg terbukti kaya dan berjaya sebagai contoh dengan niat untuk belajar dari mereka sehingga kaya dan berjaya namun tanpa kita sedari, secara halus kita telah menjadi ejen melaksanakan agenda mereka merendahkan martabat Islam dan muslim.

Siapakah yang wajib kita jadikan mentor kekayaan & kejayaan?

Jawapannya tentulah Rasulullah dan para sahabat baginda. Sejarah Islam banyak menceritakan tentang kejayaan Rasulullah berniaga dengan membawa barang dagangan Siti Khadijah serta kejayaan sahabat baginda khususnya Abdul Rahman bin Auf yang merupakan jutawan Muslim yg digelar saudagar tuhan.

Sebagai sahabat Rasulullah, Abdul Rahman bin Auf amat mencintai baginda. Inilah rahsia beliau bergelar Jutawan Muslim. Kecintaan beliau tiada tolok bandingnya sehingga menjadi orang pertama mempertahankan Nabi sewaktu perang Uhud sehingga beliau mendapat 21 luka akibat tusukan pedang musuh.

Sabda Rasulullah “ Cintai aku kerana Allah mencintai aku” Riwayat At-Tirmizi

Selain amat mencintai Rasulullah dan keluarga baginda, Abdul Rahman bin Auf amat jujur dan amanah berniaga. Beliau juga bertaqwa dan ikhlas dalam setiap perbuatannya. Sebagai usahawan berjaya beliau amat berani membuat keputusan dan tindakan, adil serta berintegriti dalam setiap transaksi dan urusniaga. Beliau juga seorang yang pemurah dengan memberi sumbangan utk kepentingan umum. Antara sumbangan terbesar beliau kepada Islam ialah menyumbangkan 200 tahil emas, 500 ekor kuda perang dan 1500 ekor unta tunggangan sewaktu perang Tabuk.

Kunci untuk berjaya adalah menjadikan Rasulullah sebagai mentor dan tiru cara Nabi. Peribadi Nabi - Siddiq, Amanah, Tabligh, Fathonah wajib dijadikan ikutan. Kecintaan kepada Rasulullah seharusnya dizahirkan dengan perbuatan. Inilah antara sebab kita perlu kaya dan Berjaya supaya kita dapat menziarahi Rasulullah yang kita cintai.

Dengan rasa kecintaaan yg mendalam kepada Rasulullah secara automatik akan menggerakkan hati dan jiwa kita utk menuju kejayaan dunia dan akhirat.

Selamilah peribadi Rasulullah dan jadikan baginda sebagai Mentor untuk kita mengikuti jejak langkah Abdul Rahman bin Auf seorang jutawan muslim yang dijanjikan syurga oleh Allah S.W.T.

Janganlah kita berbangga dengan kejayaan bukan muslim atas alasan untuk belajar dari mereka kerana kita belum khatam lagi berguru melalui peribadi Rasulullah dan para sahabat. Cari dan gali keperibadian Rasulullah dan para sahabat sebelum kita mengagung-agungkan dan berbangga dengan kejayaan bukan muslim. Wallahualam.

Dengan melihat gambar maqam Nabi, menambahkan lagi kecintaan kepada Rasulullah dan usaha perlu ditingkatkatkan lagi untuk selalu menziarahi baginda.
simpan emas untuk perbelanjaan haji dan umrah.

Tuesday, February 14, 2012

KEJAYAAN BERSAMA GCP. ULANGTAHUN KE 3

Jadual seminar di Harian Metro 22/02/12. klik pada gambar utk besarkan jadual seminar.

Alhamdulillah, bulan mac 2012 genap 3 tahun GCP beroperasi. Sepanjang perjalanan 3 tahun ini pelbagai peristiwa pahit manis dirasai.

Sebagai pemilik syarikat ini, sy berbangga apabila ada diantara pengedar GCP yg memperolehi pendapatan ratusan ribu ringgit hasil jualan emas.

Inilah objektif utama penubuhan GCP iaitu membantu bumiputra khususnya dan saudara seagama utk meningkatkan ekonomi dalam pelaburan dan perniagaan emas.

Pelbagai bantuan yg disediakan oleh GCP telah digunakan sepenuhnya oleh para pengedar yg aktif ini utk menjana kekayaan melalui emas.

Alhamdulillah dan syukur tak terhingga dipanjatkan kepada Ilahi kerana telah menganugerahkan punca rezeki ini kepada saya dan dapat dikongsi bersama saudara seagama. Semoga rezeki ini diberkati dan kita semua mendapat rahmat dariNya. Cemerlang di dunia dan akhirat.

TESTIMONI USAHAWAN-USAWAN EMAS GCP.

Testimoni 1

Menjadi pengedar gcp memberi peluang kpd saya berniaga emas dengan
modal yg minima. Menyimpan dan melabur emas keluaran gcp sambil
menjadi pengedarnya mampu menjadikan kita lebih berdisplin dalam
menguruskan kewangan keluarga disamping bersama-sama memberikan
kesedaran kpd masyarakat sekeliling bahawa pelaburan emas mampu
memberikan pulangan yang baik.

Mohd sazipon mazlan
dealer gcp ad2518
hp 0133572622
kawasan liputan: shah alam, klang

Testimoni 2

Saya mendaftar sebagai dealer GCP kerana modal permulaan yang 'mampu
milik'. Perniagaan dengan GCP adalah sesuatu yang menguntungkan dan
saya boleh menentukan sendiri berapa pendapatan yang saya inginkan
untuk sesuatu masa. Produk Dinar GCP adalah 'best-seller' bagi perniagaan saya. Terkini gold bar 1 gram mula menarik minat pelanggan-pelanggan yang mempunyai bajet kecil.Terima kasih kepada pengurusan GCP di atas peluang perniagaan ini.

NorKhazilah Yacob

ad2493

019-3908980
Sri Gombak,Batu Caves,Daya Bumi,KLCC,Bukit Badong,Selangor

Testimoni 3

Walaupun sedikit terlewat dalam menyimpan dan melabur emas, saya amat
bertuah ditemukan dengan GCP. GCP memenuhi keperluan dan kehendak
saya. Harga yang berpatutan, produk yang berkualiti dan mudah
dibeli.Tidak perlu ke kedai emas untuk membeli, GCP datang ke depan
pintu rumah. Dengan menjadi dealer GCP, menyimpan dan melabur emas
kini lebih mudah

Rohaimah Binti Sabirin
AD2683
Sabah, Lahad Datu

0138561148



Testimoni 3

Terima kasih kepada introducer saya kerana berjaya membuka minda saya
tentang peluang dalam bidang emas ini. Selama hampir tiga bulan juga
saya survey di internet, membaca kisah2 peniaga peniaga emas di blog
masing2. Rata-rata mereka.berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman
mereka bersama emas, analisis mereka tentang turun naiknya harga emas
dunia dan syarikat mana yang patut di sertai, sehingga lah pencarian
saya terhenti bila terjumpa blog Jutawangold.com yang padat dengan
informasi tentang peluang keemasan ini, dan akhirnya Oct 2011 sewaktu
hadir di kelas emas di dwi tasik cheras, saya telah diperkenalkan
dengan Syarikat GCP kepada kami yang hadir, maka esoknya saya terus
menjadi agen GCP untuk kawasan Cheras setelah mengetahui keistimewaan
dan kelebihan menjadi agen GCP, apatah lagi GCP adalah nama besar dan
Syarikat Bumiputra yang sah dan berdaftar. Kini dengan GCP saya mampu
membeli emas dan membuat pelaburan dengan harga terendah di bawah
pasaran. Terima Kasih!

Pn Roziah
Cheras/KL
019-2522945


Testimoni 4
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Saya mula menceburkan diri dalam dunia emas ini pada penghujung tahun
2010. Saya menggunakan medium internet sebagai sumber bagi mencari
maklumat berkaitan dengan emas ini. Dalam pada itu, saya telah
berkenalan dengan seseorang yang telah memberikan saya sedikit
sebanyak ilmu tentang emas ini. Saya semakin memahami konsep simpanan
dan juga pelaburan dengan emas ini. Beberapa bulan selepas itu iaitu
pada 21 Mac 2011, dengan berbekalkan modal yang ada saya telah
menyertai syarikat Gold Crest Pavilion (GCP) sebagai salah seorang
pengedar .Alhamdulillah, semakin banyak ilmu ditimba serta pengalaman
yang diperoleh semenjak menyertai GCP ini. Syarikat ini juga dilihat
semakin berkembang dari sehari ke sehari. Produk-produknya
dipertingkatkan dari semasa ke semasa dan baru-baru ini jongkong emas
1g telah diperkenalkan bagi memberi peluang kepada orang ramai yang
kurang berkemampuan untuk sekurang-kurangnya memiliki emas waima 1g.
Kini, saya sedar bahawa emas merupakan satu bentuk simpanan atau
pelaburan yang menguntungkan penyimpannya. Kalau hendak lagi untung,
maka mulakanlah perniagaan emas. Pasti akan memberi lebih keuntungan.

Mohd Izwan bin Abdul Rashid

AD1743
Parit Buntar, Nibong Tebal.
0125814008 / 0195516638
e-mail: miar_88@yahoo.com



Testimoni 5


"Saya mengenali GCP sejak pertengahan tahun 2010 walaupun ia telah
ditubuhkan pada tahun 2009.Asalnya saya hanya membeli barang kemas 999
kerana inginkan kelainan.Tetapi saya suka buat sesuatu untuk jangka
masa panjang,lalu terfikir lebih baik daftar sahaja sebagai
dealer,walaupun tidak mengenali GCP lebih dekat lagi pada waktu
itu.Saya sedar tentang emas sejak tahun 2008 dan sebab itu saya yakin
"tersalah" jd dealer emas tak apa,jgn "terslh " join skim yang dapat
duit bulan2 atau MLM yg bukan2.

Selepas menjadi dealer GCP,barulah saya sedar kekuatan dan kelebihan
syarikat ini.Ternyata ia memang lain dari syarikat yg sedia ada.Team
syarikat juga sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik
dan meningkatkan mutu servis dan produk.Dari semasa ke semasa GCP
terus gah di persada dan menjadi pilihan lebih ramai orang.Sokongan
masyarakat kepada syarikat bumiputra muslim ini semakin lama semakin
mengagumkan saya dan saya juga sentiasa memperkenalkan syarikat ini
kepada orang ramai supaya akan datang emas GCP setanding dengan produk
emas lain di pasaran.Marilah menyertai kami dalam simpanan emas dan
rebut peluang menjadi pengedar emas untuk mendapatkan harga
terendah,dan menjana keuntungan melalui perniagaan emas."

Nor Fazilah Abd Mohd
ad 1325
no hp :019-9708897
Pahang / KL / Selangor


Kejayaan tidak datang bergolek.

Untuk kaya dan berjaya kita perlu:-

* ambil tahu apa yg org kaya dan berjaya tahu,

* fikir bagaimana mereka berfikir,

* memiliki perasaan yg sama seperti mereka,

* bercakap seperti mereka, dan

* bertindak luar biasa seperti mereka.





simpanan emas menjamin masa depan

Sunday, January 29, 2012

SEMINAR KEUSAHAWANAN

SEMINAR KEUSAHAWANAN
JOHOR,KELANTAN,TERENGGANU,PAHANG, KUALA LUMPUR, SEREMBAN

Anjuran
dan

GOLDCREST PAVILION SDN BHD (851237-K)

Sekiranya Anda ingin menceburi bidang perniagaan yg tiada risiko kerugian, sila hadir di Seminar Keusahawanan yg kami anjurkan.

RAHSIA TOKEY EMAS YG SENTIASA TERSENYUM AKAN DIBONGKARKAN!


PENGISIAN
1. Preview Peluang Perniagaan Emas dengan modal disediakan
2. Rahsia Usahawan Emas.
3. Analisis Teknikal & Fundemental
a. platform
b. istilah trading
c. pivot
d. pilihan carta trading harian
e. fundemental
f. Teknik 5R.

TARIKH & TEMPAT
11 Februari 2012 (Sabtu)- TS Hotel Pasir Gudang.
Hubungi En Yatiman Kamsidin 019-3791864 atau GCP 1-700-81-7969 Cik Siti Fatimah

12 Februari 2012 (Ahad)- Hotel Sri Malaysia Johor Bahru.
Hubungi En. Azri Kosnan 016-709 4962 atau GCP 1-700-81-7969 Cik Siti Fatimah

25 Februari 2012 (Sabtu)- Hotel D'Impian Inn Parit Raja Batu Pahat.
Hubungi En. Hafiz 012-766 7792 atau GCP 1-700-81-7969 Cik Siti Fatimah

26 Februari 2012 (Ahad) - Hotel Pegasus Segamat.
Hubungi En. Abd Razak Othman 019-723 5202 atau GCP 1-700-81-7969 Cik Siti Fatimah

KELANTAN, TERENGGANU, KUALA LUMPUR, SEREMBAN.

10 Mac 2012 (Sabtu) - Juita Inn Hotel Kota Bharu
Hubungi Pn Hazrina Ab Rasib 014-607 1063 atau GCP 1-700-81-7969 Cik Siti Fatimah

11 Mac 2012 (Ahad) - Hotel Sri Malaysia Kuala Terengganu
Hubungi Pn Hazrina Ab Rasib 014-607 1063 atau GCP 1-700-81-7969 Cik Siti Fatimah

12 Mac 2012 (Isnin) - IPM hotel Dungun Terengganu
Hubungi Pn Hazrina Ab Rasib 014-607 1063 atau GCP 1-700-81-7969 Cik Siti Fatimah

13 Mac 2012 (Selasa) - Hotel Sri Malaysia Kuantan
Hubungi Pn Hazrina Ab Rasib 014-607 1063 atau GCP 1-700-81-7969 Cik Siti Fatimah

14 Mac 2012 (Rabu) - Hotel Maluri Cheras Kuala Lumpur
Cik Siti Fatimah 1-700-81-7969

15 Mac 2012 (Khamis) - Hotel Seri Malaysia Seremban
Cik Siti Fatimah 1-700-81-7969

MASA :
10.00 pagi hingga 5.00 petang


BAYARAN:
Bukan Pengedar GCP
Pendaftaran dan bayaran awal - RM 170.00
Pendaftaran 'walk in' - RM300.00

Pengedar GCP
Pendaftaran dan bayaran awal - RM 120.00
Pendaftaran 'walk in' - RM250.00
Insentif khas akan diberi kepada pengedar yg membawa rakan.

PROMOSI
Peserta yang membawa keratan iklan di Harian Metro akan mendapat diskaun 10%.
Tarikh siaran iklan : 8 Februari 2012 , 22 Februari 2012 dan 7 Mac 2012

NOTA
1. Sila bawa laptop dan alatulis sendiri.
2. Sila bawa resit bayaran dan keratan akhbar Harian Metro sewaktu pendaftaran
3. Sila buat bayaran awal ke akaun Maybank 5 051 030 039 54 GOLDCREST PAVILION SDN BHD
utk mendapatkan harga terendah.
4. Sila Email resit Bayaran ke sales@gcp.com.my



simpanan emas menjamin masa depan

Sunday, January 22, 2012

SEMINAR SIMPANAN EMAS DAN PERNIAGAAN EMAS GCP

Kajang / Bangi

TARIKH: 28 Januari 2012 (SABTU)

MASA : 10.00 AM - 12.00 PM

TEMPAT: Akademi Nur Insan, NO 12A Jln Impian Makmur 3A, Sujana Impian,

KAJANG.

PENGESAHAN KEHADIRAN SILA HUBUNGI PENGANJUR: En.Khairudin Johari

013 - 634 5746 / 019 - 333 5741


Masuk PERCUMA!



Kenaikan EMAS 214% jangka masa 5 tahun
ASB 40% jangka masa 5 tahun

BUAT PILIHAN BIJAK


simpanan emas menjamin masa depan

Thursday, January 12, 2012


PERCUMA! FREE!

SEMINAR SIMPANAN EMAS & PERNIAGAAN EMAS GCP SHAH ALAM

TARIKH: 15 JANUARI 2011 (AHAD)

MASA : 8.00 HINGGA 11.00 MALAM

TEMPAT : LECTURE THEATER 1, KAMPUS UNISEL SEKSYEN 7, SHAH ALAM.

PENGESAHAN KEHADIRAN SILA HUBUNGI :

EN. SAZIPON 013-357 2622

--------------------------------------------------------------------------------------------

SEMINAR SIMPANAN EMAS & PERNIAGAAN EMAS GCP MANJUNG, PERAK

TARIKH: 18 JANUARI 2011 (RABU)

MASA : 8.00 HINGGA 11.30 MALAM

TEMPAT : HOTEL LEAD VIEW ( Sebelah Pasaraya Billion manjung .

PENGESAHAN KEHADIRAN SILA HUBUNGI :

MOHD NAZIR BIN YATIMIN 017-769 1896 / 019-457 6615


MILIKI GOLD BAR MAMPU MILIK SEBERAT 1 GRAM

SEKARANG!


simpanan emas menjamin masa depan

Friday, December 16, 2011

MAJLIS ILMU PENGURUSAN KEWANGAN: SIMPANAN EMAS BERSAMA GCP.

TERBUKA KEPADA SEMUA

Temui saya di Majlis Ilmu PERCUMA di lokasi-lokasi berikut:-



ALOR SETAR

TARIKH: 17 DISEMBER 2011 (SABTU)

MASA : 2.30-5.30 petang

TEMPAT: Dewan Ilmu (INSPIN)Lebuhraya Sultanah Bahiyah Alor Setar Kedah.

PENGESAHAN KEHADIRAN SILA HUBUNGI: EN. ZAKI 017-575 0810

Masuk PERCUMA!

--------------------------------------------------------------------------------------------

KAJANG / BANGI

TARIKH: 18 DISEMBER 2011 (AHAD)

MASA : 10.00 AM - 12.00 PM

TEMPAT: AKADEMI NUR INSAN, NO 12A JLN IMPIAN MAKMUR 3A, SAUJANA IMPIAN
KAJANG.

PERTANYAAN SILA HUBUNGI: EN.KHAIRUDDIN JOHARI 013 - 634 5746 / 019 - 333 5741

Masuk PERCUMA!

--------------------------------------------------------------------------------------------

PUTRAJAYA

TARIKH: 18 DISEMBER 2011 (AHAD)

MASA : 8.00-11.00 MALAM

TEMPAT: AUDITORIUM PRESINT 16 PUTRAJAYA

PENGESAHAN KEHADIRAN SILA HUBUNGI: EN.SYED IZWAN 016 - 368 3641
ATAU

PN. NOR FAZILAH ABD MOHD 019- 970 8897

Masuk PERCUMA!

--------------------------------------------------------------------------------------------

JOHOR BHARU
TARIKH: 25 DISEMBER 2011 (AHAD)
MASA : 3.00 HINGGA 5.00 PETANG
TEMPAT: TS Hotel Taman Scientex Pasir Gudang bersebelahan Econsave/Kolej Komuniti Pasir Gudang
PENGESAHAN KEHADIRAN SILA HUBUNGI: EN.YATIMAN KAMSIDIN 019-379 1864
Masuk PERCUMA!
--------------------------------------------------------------------------------------------

SHAH ALAM
TARIKH: 26 DISEMBER 2011 (ISNIN)
MASA : 8.00-11.00 MALAM
TEMPAT: DEWAN MASJID NEGERI, SHAH ALAM.
PENGESAHAN KEHADIRAN SILA HUBUNGI: EN.SAZIPON 013-357 2622
ATAU
PN. NOR FAZILAH ABD MOHD 019- 970 8897
Masuk PERCUMA!
--------------------------------------------------------------------------------------------

KUANTAN
TARIKH: 27 DISEMBER 2011 (SELASA)
MASA : 5.00 HINGGA 6.30 PETANG
TEMPAT: KRT PASDEC MAKMOR, INDERA MAHKOTA 2, KUANTAN
DAN
MASA : 9.00 HINGGA 11.00 MALAM
TEMPAT: DEWAN ORANG RAMAI TMN MAHKOTA AMAN BT11 KUANTAN.
PENGESAHAN KEHADIRAN SILA HUBUNGI: EN.SYUKOR 016-921 1143
Masuk PERCUMA!
--------------------------------------------------------------------------------------------

JOHOR BHARU
TARIKH: 31 DISEMBER 2011 (SABTU)
MASA : 8.00 HINGGA 11.00 MALAM
TEMPAT: TS Hotel Taman Scientex Pasir Gudang bersebelahan Econsave/Kolej Komuniti Pasir Gudang
PENGESAHAN KEHADIRAN SILA HUBUNGI: EN.YATIMAN KAMSIDIN 019-379 1864
Masuk PERCUMA!


simpanan emas menjamin masa depan

Thursday, October 27, 2011

LAMAN RASMI WEBSITE GCP

LAMAN RASMI WEBSITE GCP

sila layari


simpanan emas menjamin masa depan

Monday, July 25, 2011

UMRAH ZIARAH 2011

UMRAH DAN ZIARAH 2011

Alhamdulillah pada 22 Jun hingga 5 Julai 2011 sempurna sudah ibadah Umrah. Alhamdulillah hajat saya dan isteri ingin menjadi tetamu Allah di dua tanah suci dimakbulkan oleh Allah.
di KLIA 22 Jun 2011

Transit di Riyadh

'Landing' di Madinah

Di Masjid Nabi

Bab al-salam masjid nabi

Mimbar Nabi

Subuh di Masjid Nabi

Perkuburan Baqi (Maqam para isteri, anak-anak dan sahabat nabi)

Maqam Rasullah, Saidina Abu Bakar dan Saidina Uthman

Bukit Uhud
Tambah Imej
Maqam Syuhada Uhud

Kilang Al-Quran

Baitullah

Masjidil Haram

Isyak di masjidil Haram




Wednesday, April 13, 2011

HARGA EMAS TERTINGGI DALAM SEJARAH

Amat beruntung orang yang menyimpan emas. Harga emas telah berada pada paras tertinggi. berikut adalah harga emas yg disyorkan oleh Federation Of Goldsmith And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM)

Emas 999 : RM172/g
Emas 916: RM162/g
Emas 835 : RM148/g
Emas 750:RM133/g
Emas 375: RM72/g
Last Update 13 April 2011

simpanan emas menjamin masa depan

Monday, February 14, 2011

KEBENARAN BERNIAGA EMAS OLEH BANK NEGARA MALAYSIA

Tuan,

Kami merujuk kepada emel tuan bertarikh 13 Februari 2011 mengenai perkara di atas.

Kami ingin memaklumkan bahawa aktiviti membeli atau menjual emas bukanlah di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia (Bank). Sehubungan dengan ini, tiada lesen khas atau kebenaran untuk berniaga emas diperlukan daripada Bank.

Walau bagaimanapun, kami ingin menasihati pihak tuan agar berhati-hati terhadap apa-apa bentuk skim pelaburan berbentuk emas yang menawarkan pulangan yang tinggi kepada para pelabur. Jika skim pelaburan tersebut jelas menawarkan peluang pelaburan dengan mengutip wang orang ramai dan kutipan atau pelaburan tersebut diberi pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal juga boleh diambil semula, ianya mungkin menyalahi seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan (ABIK). Aktiviti pelaburan seperti yang disebut di atas adalah menyalahi undang-undang.

Sekiranya tuan melabur di sini, sebarang kerugian adalah ditanggung sendiri. Kami mengesyorkan agar tuan hanya melabur di institusi-institusi kewangan yang berlesen sahaja.

Untuk kemudahan tuan mengenal pasti sama ada sesebuah institusi kewangan/syarikat itu berlesen dengan Bank atau sebaliknya, sila rujuk senarai institusi kewangan/syarikat yang diberi lesen oleh Bank di laman web kami seperti di pautan berikut:

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=17&pg=54&ac=57

Sekiranya syarikat/institusi kewangan tersebut TIDAK TERSENARAI di dalam laman web kami, bermakna syarikat tersebut TIDAK DIBERI LESEN oleh Bank untuk menjalankan operasi atau menawarkan produk/perkhidmatan kewangan.

Sekiranya tuan mempunyai maklumat berkenaan pengambilan deposit secara haram ataupun urusniaga wang asing secara haram, atau mangsa kepada aktiviti atau penipuan tersebut, hantarkan maklumat terperinci atau aduan beserta dokumen-dokumen sokongan ke Bank di alamat berikut:

Unit Penyiasatan Khas

Bank Negara Malaysia

Jalan Dato' Onn

50480 Kuala Lumpur

Faks: 03-26987467

E-mail: bnmtelelink@bnm.gov.my

Bersama-sama ini turut dilampirkan panduan kepada pengguna berkaitan isu-isu kewangan untuk makluman.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang amaran penipuan kewangan, sila layari

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=216&pg=701&ac=98

http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/index.htm

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perbankan, insurans & takaful,

sila layari

http://www.bankinginfo.com.my/

http://www.insuranceinfo.com.my/


Terima kasih.

Fadhilah bt Zainal Abidin

BNMTELELINK

Bank Negara Malaysia

No Tel : 1-300-88-5465

No Faks : 03-21741515

Emel: bnmtelelink@bnm.gov.my

simpanan emas menjamin masa depan

Sunday, February 6, 2011

PROGRAM CEMERLANG BERSAMA GCP

PROGRAM CEMERLANG BERSAMA GCP
4-5 FEBRUARI 2011 HOTEL SERI MALAYSIA BAGAN LALANG
SEPANG GOLDCOAST



UCAPAN ALUAN DARI PENGARAH URUSAN GCP

ICE BREAKING OLEH EN BANGIDIN BEDU



MOTIVASI OLEH DR. LUV


PEMASARAN BERKESAN OLEH DATO' ROZMAN HUSSAIN

ILMU EMAS OLEH MAHAGURU SYUKOR HASHIM


TAZKIRAH PENUTUP OLEH TN HJ AZHARI MD ALI

PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN

BARISAN USAHAWAN EMAS GCP
GCP TERBAIK
simpanan emas menjamin masa depan

Tuesday, January 25, 2011

Hukum membeli emas secara ansuran

Hukum membeli emas secara ansuran

Hukum membeli emas secara ansuran.

Kitab Al Muwatta' :

Yahya meriwayatkan daripada Malik daripada Abdullah ibn Dinar daripada Abdullah ibn Umar yang Umar ibn al-Khattab menyatakan, " Jangan kamu menjual emas untuk emas kecuali sama untuk yang sama. Tidak meningkatkan sebahagiannya atas sebahagian yang lain. Jangan kamu menjual perak untuk perak kecuali sama untuk yang sama, dan tidak meningkatkan sebahagiannya atas sebahagian yang lain. Jangan kamu jual dari barang yang ada keatas barang yang tiada. Jika seseorang meminta anda menunggu untuk pembayaran sehingga dia pergi ke rumahnya, jangan kamu meninggalkannya. Saya takut rama keatas kamu." Rama ialah riba.

Yahya meriwayatkan daripada Malik yang Abu'z-Zinad mendengar Said ibn al-Musayyab berkata, "Riba hanya terdapat di dalam emas atau perak atau apa ditimbang atau diukur daripada apa yang dimakan atau minum."

Yahya meriwayatkan daripada Malik yang Yahya ibn Said mendengar Said ibn al-Musayyab berkata, "Menyembunyikan emas dan perak daripada pengedaran adalah sebahagian daripada daripada kerja fasad/kemusnahan diatas muka bumi."

Apa yang dapat kita faham dari apa yang diperkatakan oleh Saidina Umar Al khatab r.a. dan Tabiin seperti Said ibn al Mussayab bahawa :

Pertukaran EMAS dengan EMAS, dan PERAK dengan PERAK mestilah

i)Mutamathilan - mesti sama berat timbangannya. Jika tidak berlaku riba tafadhul (melibatkan penambahan berat).

ii)Mesti 'Taqabud fil hal au majlis' ( diserah dan terima dalam satu masa). Jika tidak berlaku riba an nasiah.(melibatkan penangguhan).

Masalah yang kita hadapi sekarang ialah ulamak moden telah mengqiaskan hukum wang kertas bersamaan dengan hukum emas. Oleh sebab demikian mereka mengatakan hukum membeli emas dengan wang kertas secara ansuran adalah riba an nasiah kerana melibatkan penangguhan. Sila rujuk Ust. Zaharuddin dalam website beliau.

Bagi yang memahami asal usul wang kertas , tak mungkin wang kertas diqiaskan dengan emas kerana ia akan merosakkan seluruh hukum - hakam berkaitan riba seperti yang dijelaskan oleh ulamak – ulamak terdahulu. Bahkan dengan mengqiaskan wang kertas sama dengan emas menyebabkan orang awam tidak perlu lagi pada dinar dan dirham kerana sudah ada pengganti pada emas iaitu wang kertas.

Wang kertas bukan emas , jadi harus menukarkannya dengan emas secara ansuran.

Wallahu’ alam.

Kuliah Muamalat : Dinar dan dirham dalam muaalat Islam
21 November 2009 (Sabtu ) Lepas solat Maghrib
Masjid Sg. Ular, Kulim , Kedah


klik di sini utk baca Teks asal

simpanan emas menjamin masa depan
www.gcp.com.my