GCP website

GCP website
Laman web rasmi GCP sila klik logo GCP tuuu...

Wednesday, May 27, 2009

Aktiviti hujung minggu di Bagan Lalang

Inilah aktiviti saya di hujung minggu.Aktiviti yang sangat menenangkan. Rileks je atas bot sambil dibuai ombak. Ikan yang saya dapat ni namanya ikan Tamok. Sedap dimasak kari, masak lemak cili api dan asam pedas. Kepada pembaca yang nak merasa ikan Tamok boleh la datang ke Bagan Lalang. Makan ikan segar.



Firdaus dapat anak cencaru


Rakan-rakan sealiran (kaki pancing)

Wednesday, May 20, 2009

Menabung emas buat belanja menunaikan haji dan umrah

Assalamualaikum kepada pembaca semua. Alangkah indahnya mendengar pengalaman rakan-rakan kita yang pergi menunaikan Haji dan Umrah.Kursus-kursus haji yang diadakan sekarang ini menjadikan bakal-bakal haji semakin rindu dan tidak sabar-sabar menjadi tetamu Allah secara 'live'. Emak dan Abang Long saya pun sedang mengikuti kursus Haji sekarang ni. Saya bila lagi? InsyaAllah sedang menanti giliran dan berusaha menambahkan lagi tabungan.Kalau boleh nak bawa emak sekali lagi menunaikan haji bersama saya.

Adakah terdetik di hati kita untuk menjadi tetamu ALLAH? Jika sudah terdetik adakah kita sudah mulakan langkah pertama ke arah itu? Alhamdulillah dan tahniah bagi anda yang telah memulakan simpanan untuk menunaikan haji.

Bagi yang belum menyimpan tetapi memasang niat untuk menunaikan haji bermulalah dari sekarang. Dengan menyimpan emas anda boleh menampung kenaikan kos haji pada setiap tahun. Peruntukkanlah 1 dinar daripada gaji bulanan anda sebagai simpanan untuk menunaikan haji. Saya percaya genap 30 bulan anda menyimpan 1 dinar anda sudah boleh mengikut pakej haji untuk VVIP... kerana jika hendak diukur dengan pendapatan kita, sampai bila-bila pun kita akan berasa tak pernah cukup dengan apa yang kita miliki sekarang.Bila setiap bulan rasa tak cukup, bila pula masanya kita nak menabung?

Walaupun sudah memiliki rumah besar, kereta besar, keluarga besar, makan besar, segala-galanya besar, hutang pun besar juga, masih terasa belum puas dengan apa yang kita miliki. Rakan kita yang berpendapatan lebih kecil daripada kita sudah punya rumah sendiri,kereta sendiri,keluarga sendiri, bebas daripada hutang, telah pergi menunaikan Haji dan Umrah.

Kenapa berlakunya situasi sebegini? tentulah kerana pengurusan kewangan yang baik dan nafsu yang tidak terlalu besar. Bagi yang bernafsu besar, jika diberi lautan emas pun akan berasa tidak cukup tetapi bagi yang bersederhana dan pengurusan kewangannya baik akan merasai nikmat apa yang telah diusahakannya. Yang penting apa yang kita usahakan mendapat keberkatan dan keredhaan Ilahi.

Buat penstrukturan semula kewangan anda dan Mulakanlah simpanan emas anda sekarang.Semoga anda berjaya di dunia dan akhirat.